Monday, January 18, 2021

I-SINAR : BAYARAN PENDAHULUAN BERMULA 26 JANUARI 2021

 


Lulus bersyarat, Pendahuluan 1k untuk kategori 2 hujung bulan 1.

#SiBodohKauDengarSini is trending number 1 in Malaysia.

 


PKP DI DAERAH SEREMBAN DAN PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN BERKUAT KUASA 19 JANUARI HINGGA 1 FEBRUARI 2021

 


Kaji Semula SOP, Benarkan Perniagaan Beroperasi Selepas 8 malam


https://t.co/Lw44BIYpbN?amp=1

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 21 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 18 JANUARI 2021
Kaji Semula SOP, Benarkan Perniagaan Beroperasi Selepas 8 malam
1. Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.
2. Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja. Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.
3. Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka. Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi. Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini.
1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
14. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
15. Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)
20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
21. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)

 

Status Terkini #COVID19, 18 Januari 2021

 Kes sembuh=2,293

Jumlah kes sembuh=122,344 kes Kes baharu positif=3,306 kes (3,299 tempatan, 7 import) Jumlah positif=161,740 Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=605 kes Kes dirawat di ICU=226 kes Bantuan Alat Pernafasan=94 kes


kredit-KKM Malaysia

Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham menyeru kpd semua “frontliners”


Saya menyeru kpd semua “frontliners” iaitu sebelum memulakan tugas kita, pastikan kita pasangkan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. InshaAllah akan dipermudahkan & selepas kita berusaha kita bertawakkal kepadanya. كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ (Ali Imran:185)

 

Bos Samsung Lee Jae-Yong ditahan kembali atas skandal rasuah


 Lee Jae-Yong (52tahun) telah ditahan semula selepas meringkuk di dalam penjara selam 2 setengah tahun. Usahawan yang berkuasa dari Korea Selatan ini disabitkan dengan kesalahan rasuah melibatkan nilai sebanyak 8.6 billion won .

Sebelum ini Leejuga pernah ditahan kerana merasuah bekas presiden Park Geun-hye. 

Peguam Lee , Lee In-Jae berkata "Kes ini melibatkan mantan menteri yang telah salah guna kuasa terhadap kebebasan dan harta benda syarikat".